Actually aku malas nak keluar.. tapi
memandangkan si teruna idaman ku ni bosan duduk umah.. so hubby aku pun ajak
ambik angin kat Taman Tasik Permaisuri, Cheras… saje je bawak abg Rayyan n
Kakak Raynia ni cuci mata.. hihihihi.. si anak dara ku ni baru bangun tido meme
muka masyam… hihihihi…
Khasiat Bawang Putih especially for our Kids...
BAWANG PUTIH :
Buat minyak
bawang putih untuk sapu pada dada anak.
STOKIN
BAWANG PUTIH / GARLIC SOCKS :
Juga
boleh gunakan petua Garlic socks : Letakkan bawang putih pada stokin
anak.
Caranya :
Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau
yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang
putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil
separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan
guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi
kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa,
boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt
tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
Untuk anak yg lebih dewasa, boleh
guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.
Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau
bawang putih apabila bangun tidur.
Tujuannya supaya bawang
putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .
Garlic enters
your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs.
This is a great way to
fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights
viruses at the same time (Bawang putih yang terbaik merawat selsema batuk)
Untuk
anak yang tidak tahan dengan bawang putih, boleh ganti dengan lemon socks
(samada hiris lemon lekat di kaki pakaikan stokin atau rendam stokin
dlm air lemon yg dicampur sedikit air paip, perah, pakaikan pada
anak, jika stokin itu telah kering, celupkan lagi dalam air lemon dan
pakaikan kembali)
*Semua penawar yang mahu
digunakan perlu lakukan ujian pada kulit anak dahulu..oleskan sedikit
bahan yg mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada
keradangan kulit atau tidak. Jika tidak
boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini
dipanggil Patch Test.
SELAMAT
MENCUBA!!
Entri ni aku sharing ngn mommy sume... femes kat FB.. byk yg sharing petua ni... smoga mommy kt sana bole cuba petua ni...
Cerita lama punya.. lupa nak update.. hihihi...
Happy Birthday Muhammad Rayyan Al-Ziqri yang ke 2 tahun pada 20 Mei 2014... Alhamdulillah... dah besar anak bujang den ni... sory lama tak update... baru teringat besdat boy xmasuk dalam blog... huhuhu.. sekarang bujang aku dah 2 tahun 5 bulan.. dah jadi abang utk dua adiknya... yg sorang Nur Raynia Azzalea.. yg sorang lagi coming soon next year on Februari 2015... hihi.. alhamdulillah.. rezeki...
nah... ambek kau rayyan.. mummy kasi kek besaq punya...hihihi.. tqvm to Emilia Danial... kek dia memang best....
Peraduan Si Comel & Model Kanak-Kanak Tesco & Kids’ N Us Photography 2014
hihi... ari tu 16/10/2014 pegi tesco extra cheras nak beli brg2 anak... kebetulan ada promotion peraduan ni... beli brg2 tesco RM50 ke atas dapat masuk peraduan ni.. aku pun xde lagi pic si kecik ni.. so aku join la... saje je suke2... tp taw la kan dh malam jam dah 9 lebih mmg si kecit ni xde mood sbb ngantuk.. mmg susah nak bagi dia senyum nampak gigi 2 batang tu... masyam je muke nye... huhuhu....
.
Hukum MengAIBkan Rumahtangga orang..............
Buat mereka yang suka mengadu domba, mengfitnah, mengumpat, mengata silalah baca hingga ke noktah yang terakhir, ini Allah yang cakap.
HORMATI PASANGAN ANDA SEBAGAI INSAN YANG ANDA CINTAI...
1. Sentiasa berada di belakang pasangan anda ketika dia sedang gembira atau ketika dia sedang sedih. Jangan sesekali tinggalkan pasangan anda keseorangan. Sentiasa berikan bantuan ketika dia perlukan dan berada di sisi dia apabila dia perlukan anda.
2. Anda tidak ceritakan hal keluarga anda pada orang lain. Semua masalah keluarga anda, anda hanya cerita pada pasangan anda dan hanya anda berdua yang selesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan pihak ketiga.
3. Anda tidak izinkan adik beradik atau ibu bapa anda menyakiti pasangan anda. Sentiasa back up pasangan anda. Jangan benarkan orang luar buat keputusan untuk perkahwinan anda.
4. Sentiasa luangkan masa untuk pasangan anda tanpa dia meminta daripada anda. Anda luangkan masa kerana anda hormat pada pasangan anda dengan tunaikan hak – hak dia sebagai pasangan anda.
5. Sentiasa berbual dengan pasangan anda tanpa mengira topik. Apabila anda selalu berbual dengan pasangan anda, anda sebenarnya menganggap dia sebagai teman hidup anda dan itu adalah penghormatan buat pasangan anda.
6. Sentiasa berkongsi apa sahaja perkara yang berlaku dalam hidup anda dengan pasangan anda. Apabila anda berkongsi cerita peribadi anda pada pasangan anda, pasangan anda akan rasa diri dia sangat penting buat anda.
7. Tidak mengutuk pasangan anda di hadapannya dengan kata – kata yang tidak elok. Paling penting, jangan mengumpat perangai pasangan anda pada pihak ketiga.
8. Sentiasa minta maaf jika anda lakukan kesalahan dan sentiasa maafkan pasangan anda jika dia lakukan kesalahan. Selain itu, sentiasa ucapkan perkataan terima kasih pada pasangan anda.
9. Manjakan pasangan anda dengan hati yang ikhlas. Jangan kedekut untuk keluarkan wang untuk memanjakan pasangan anda. Beri apa yang pasangan anda mahu.
10. Mencintai pasangan anda seadanya. Jangan paksa pasangan anda untuk ubah peribadi dirinya.
Dosa Besar - Mengadu Domba.
Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.
Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.
Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.
Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.
Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.
Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.
Hukum Mengadu Domba
Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).
Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.
Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.
Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.
Balasan Mengadu Domba
Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.
1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:
Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” (Surah Humazah: 1)
Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).
2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).” (Surah al-Qalam: 11-13)
Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)
3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”
Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.
Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba
1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)
2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)
3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.
4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” (Surah al-Hujuraat: 12)
5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” (Surah al Hujuraat: 12)
6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).
Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.
My Princess dah 9 bulan... today 1 Oktober 2014.....
happy birthday my princess... hii hi kejap je kan 9 bulan dah bambam mumy ni.. dah ada 2 batang gigi bawah.. dah pandai duduk sendiri... dah mula nak memanjat.. xpadan ngan bulat peha lapis2... tp lasak gak ye.. hihihihi...
Alhamdulillah.....Baby Girl in New Year Of 2014...........
salam wahai blogger2 semua... actually ni baru aku baru teringat nak jenguk blog aku yang dah bersarang.. ahhaahha laama ooo x update sbb malas n xde masa.. sebenarnye saje je nak kenalkan buah hati aku yang baru ni... my princess NUR RAYNIA AZZALEA BINTI MOHD YUSRI yang dah masuk 6 bulan.. hihihi... dilahirkan pada 01 Januari 2014 tahun baru taw... jam 7.40pagi di Dewan Bersalin Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah... berat my princess 2.8kg.. agak sukar jugak nak push..perlukan tenaga sbb agak besor ckit dari abangnye dulu 2.55kg je.. hihihi... kene guna tenaga dalaman... hihihi.. alhamdulillah.. sepasang sudah... insyallah klu ada rezeki bertambah lagi la...
ni pic princess 5 bulan...
Subscribe to:
Posts (Atom)