Jika teringat tentang dirimu.....




Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

p/s: Kepada dia..dia..dan dia... Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke Jannah.... Kenangan lalu tetap di hati...



Majlis Resepsi Perkahwinan Myra & Syahmi



Congrats both of you...
#nowordscandescribehowifeelhappy
#semogaberbahagia
#selamatpengantibaru
#KedahvsMelaka







Solemnization Day Myra & Syahmi



Alhamdulillah.. tahniah pada adikku Mira yang telah menamatkan zaman bujangnya. Satu-satunya adik perempuan aku yang last sekali.. dah tentu aku nak tengok majlis nya best.. Selamat datang kepada ahli keluarga yang baru.. Syahmi... Dari awal akak tengok syahmi mampu menjaga dan mendidiknya. Semoga bahagia dan kekal hingga ke Jannah. Ikut perintah suami, taat setia dan sama-sama lah bertolak ansur dalam melayari bahtera rumahtangga.. Tahniah kerana berjaya melepasi zon bertunang yang penuh onak dan cabaran.. Zon rumahtangga kita akan lebih mengenali pasangan masing-masing.. Baik buruk pasangan kita akan tahu sendiri nanti. Insya Allah Kak Ekin doakan semoga korang berdua bahagia... amin.. Ok uolls i nak belanja pic nikah diorang ye..


Graduation Day, Taska De' Sayang, Kementerian Kesihatan Malaysia 2016




Sory uolls.. iolls baru berkesempatan nak haplod moment-moment anak bujang ku nie...  Alhamdulillah, dah tamat sesi pembelajaran 4 tahun. Specially thanks to Cikgu Ana yang mendidik serta menjaga rayyan dari awal sehingga last day dia di situ... terima kasih yang tak terhingga. Banyak yg rayyan belajar kat situ.. Dulu dia tak berapa petah bercakap. tapi sekarang, masya Allah asyik pot pet pot pet bercakap. mama dah xlarat nak jawab apa yang dia tanya... hihihihihihi... meh iolls belanja serba sikit pic dia pada hari kejadian tersebut.














ENTRI :: Quality time wif small famili @ Taman Saujana Hijau, Putrajaya


#throwback....

Minggu lepas, dady ajak mama joging... hihi memandangkan lelomak nie makin tebal, jom la bakar lomak... hihihihihi.. so pagi tu nasib baik tak terlajak tido... terjaga tido 7.30 pagi.. alamak... sandwich belum buat.. so mama pun bersilat kat dapur sekejap buat roti sandwich untuk brakfast lepas joging nanti... lepas siapkan sandwich, baru la mama kejutkan anak-anak... jauh ye pegi joging.. dari Sungai Besi - Putrajaya... tapi memang cantik sangat tempat nie.. hilang stress sebab keindahan semulajadi hijaunye macam kite kat dalam hutan... cantik sangat... sini bukan aje tempat riadah tapi jadi tempat untuk photoshoot pengantin... mcm2 la.. so, iolls belanje pic ckit...













ENTRI :: Jom Cuci Mata Ikan @ Aquaria KLCC



#throwback lagi..... Kali nie mama bawak korang berdua jalan-jalan cuci mata tengok ikan kat Aquaria, KLCC.... Harga tiket usah ditanya... 5 tahun duduk KL nie baru dapat jejak kaki ke sana. Memandangkan Raysha tak ade ngan kite, dia ikut mama intan (babysitter) balik Johor. So korang kalau nak ke sini pastikan Mykad & Mykid bawak ye.. ni sume dapat harga diskaun okeh... actually untuk kanak-kanak bawah 3 tahun tak kene bayaran... So iolls bayar untuk 2 dewasa + 1 kanak-kanak aje... Harga nya sume sekali RM99.... hehehehehe... seumur hidup sekali je ye anak-anak...
so iolls belanje pic ckit kat uolls okeh...

















ENTRI :: HARI RAYA AIDILFITRI 2016 ... KEDAH MAI....JELAPANG PADI


#throwback... sorry lama nye tak update blog ni.. senyap sunyi je... cian dia aku tak layan.. hihihi.. sory syg2 sume... tuan tanah busy dengan penempatan pegawai baru... ni baru nak update citer 3 bulan lepas... hihihi orang sume dah update gambar hari raya haji, aku baru nak update gambar raya puasa.. hihihihihi...nah belanje gambar raye 2, 3 setepek...iolls busy sangat hari tu...

















ENTRI :: Farewell KPSUK Unit Paramedik & Auksiliari, Bhg Sumber Manusia, KKM




You have always been… more of a friend, less of a colleague, more of a leader,
less of a boss…



eNTRI kali nie aku nak citer kat uolls pasal Farewell KPSUK merangkap bos yang paling disayangi semua iolls punye ofis mate... last day dia 31 Disember 2015... so iolls ngn ofis mate mmg buat spesel farewell untuk bos iolls... dan paling xdapat tahan bila part puisi dan lagu yang ditujukan khas pada boss iolls Encik Zulhisham Bin Ahmad Shukori yang bertukar ke Pejabat Tanah Teluk Intan, Perak.. dah lama dia dalam KKM ni.. mmg banyak experience dia dalam bidang servis ni.. dia lah bos yang paling disenangi untuk berurusan... dia memahami dan sporting abis... senang untuk berbincang dan selalu buat makan2....unit yg paling kuat makan..hihihihi.. kehilangan dia di unit ni bagai hilangnya permata yg berharga....cehwahhh..hihihihi xpe.. pengganti nya mmg best jugak.. Happy Go Lucky guy.. Welkem new bos... semoga dapat menyinari unit ni seperti bos yang terdahulu.... kepada boss, jangan lupakan kami di Unit PA ni... kenangan boss tak dapat kami lupakan.. insyallah jika ada umur panjang dapatlah kita jumpa lagi.. ok iolls nak share pic of the day.... enjoy it!!!... HAPPY NEW YEAR!!







P/S: nnt iolls upload lagi pic okeh....sabo ye...



ENTRI :: Masam Manis Rumahtangga....







Dalam kita nak menyelusuri kehidupan berumah tangga ini, perlulah kita sedar bahawasanya perkahwinan kita dengan insan yang kita kasihi itu adalah sesuatu ketetapan dari Allah.

Tanpa restu dan izin dari Allah, usaha la sekuat mana sekalipun. Selelah mana bertungkus lumus pun pasti tidak akan berjaya. Maka, sekiranya kita sudah pasti dan percaya bahawa perkahwinan kita itu adalah dengan restu Allah, kita juga kene percaya dan yakin bahawa usia perkahwinan kita jugak terletak ditanganNya. Allah berhak mengambil semula kebahgiaan yang kita kecapi bila-bila masa sahaja.

Rasanya semua pernah dengar kan. Apa yang kita sukai itu belum tentu baik pada perancangan Allah, dan sesuatu yang kita tak suka tu, belum tentu tidak baik pada perancangan Allah. Cuma kita sebagai hamba Allah yang percaya kepada qada’ dan qadar dariNya, kita perlu berusaha serta berdoa dalam memelihara hubungan dan kehidupan rumah tangga kita. Semoga hubungan dan ikatan yang diikat itu berkekalan sehinggalah ke syurga Allah nanti..amin..

Firman Allah dalam surah Al-An’am yang bermaksud :

“ Dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu”. Al-An’am-17

Dalam kehidupan berkeluarga ini, kita tidak dapat lari sebenarnya dari dugaan dan ujian. Perselisihan antara pasangan sudah menjadi lumrah dalam hidup pasangan yang bergelar suami dan isteri. Kita selalu jer dengar perumpamaan sedangkan lidah lagi tergigit kan. Begitulah jugak dengan hubungan suami dan isteri.

Suami atau isteri kene sedar bahawa pasangan nya itu bukan lah seorang yang benar-benar sempurna. Bilamana disebut dia adalah seorang manusia, tidak dapat tidak dia pun tidak akan lari dari melakukan kesalahan.

Demikian jugak diri kita. Adakala nya kita jugak melakukan kesalahan, malahan mungkin lebih besar dari kesalahan yang telah dilakukan oleh pasangan kita. Oleh itu, janganlah terlalu diperhitungkan kesalahan yang dilakukan oleh pasangan kita tersebut. Dalam kita nak menjaga kerukunan hidup berumah tangga, amalkanlah sikap bertolak ansur dan saling memaafkan antara pasangan.

Dalam Quran Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami dan isteri ibarat pakaian antara satu sama lain. Dapat tak kita gambarkan betapa pentingnya pakaian untuk kita. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

Teman pun bukan lah pandai sangat bab hidup suami isteri nih. Teman pun tak jejak kaki ke alam perkahwinan lagi. Cuma kita kene sentiasa ambik cakna soal hidup berkeluarga ini kerana suatu hari nanti, kita pun akan sampai ke masa tersebut.

Jadi sebagai peringatan kepada yang telah berkahwin dan panduan kepada yang belum berkahwin. Janganlah gentar dengan cabaran dan ujian di alam perkahwinan kerana rumah tangga yang diuji akan menjadi lebih matang dan kukuh sekiranya pasangan suami dan isteri tersebut bijak mengendalikan nya.

Sentiasalah berdoa kepada Allah agar Allah mempermudahkan segala urusan kita dalam kita nak melayari bahtera rumahtangga kita. Amin..