TUAN ANAS MIKAEL A.K.A TAM






“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL


Haaa... begitulah bestnye penangan drama TAM ni... aku dah nak giler dengan drama ni.. Kalau dulu aku gilerkan Ariana Rose (Novel The Wedding Breaker) tapi skang aku gilerkan TAM ni.. ahaakkss memang best sgt drama ni.. Lakonan Zya Zaara & Aaron Aziz.. memang melatopsss!!... so kat sini ade sinopsis citer ni.. selebihnya korang kene la abiskan tengok drama ni atau beli novel TAM.. 

Sinopsis Novel Tuan Anas Mikael

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Tetapi... Di Krabi...“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL

Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tajuk: Tuan Anas Mikael
Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-53-3
Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak)