Family Day Unit Paramedik & Auksiliari, Bhg Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia at A Famosa Theme Park, Melaka











Throwback Family Day Yang Lalu.... Sabtu 28 November 2015

Entry kali nie nak citer ckit Family Day unit aku kat  A Famosa Theme Park, Melaka.. So, aku pun bawak la si kecik dua org tu.. baby plak pengasuh aku jaga...klu aku bawa si baby tu memang xmandi la aku.. hihihi... so, pegi family day ni just nak happy je.. lama dah xkeluar kan.. ade la 1-2 game aku main... hihihi.. dan yang paling seronok dan xmenyangka sepanjang hidup aku 30 tahun, aku dapat lucky draw.. ahaakkkk tokojut omak ehh... ambek ko.. penuh keta nak balik.. hihihi alhamdulillah rezeki anak-anak... ni ada beberapa gambar nak dikongsikan kat cni....















TUAN ANAS MIKAEL A.K.A TAM






“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL


Haaa... begitulah bestnye penangan drama TAM ni... aku dah nak giler dengan drama ni.. Kalau dulu aku gilerkan Ariana Rose (Novel The Wedding Breaker) tapi skang aku gilerkan TAM ni.. ahaakkss memang best sgt drama ni.. Lakonan Zya Zaara & Aaron Aziz.. memang melatopsss!!... so kat sini ade sinopsis citer ni.. selebihnya korang kene la abiskan tengok drama ni atau beli novel TAM.. 

Sinopsis Novel Tuan Anas Mikael

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Tetapi... Di Krabi...“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL

Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tajuk: Tuan Anas Mikael
Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-53-3
Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak)


                                            

Sakit tengkuk a.k.a sakit leher akibat tersalah posisi tidur atau salah bantal...






Salah tido? Salah bantal? Salah posisi? huhuhu... sume dipersalahkan.. dan aku ari ni merana sakit leher.. sebab salah posisi tido? sape yang pernah jadi mcm ni? apa ubat nya? apa petua nya? so bagi mengurangkan kesakitan dan leher aku dah jadi robocop... so aku try la google untuk mendapatkan sedikit petua kurangkan sakit leher... dan bantal harus dipersalahkan.. ahaakkss..


SENAMAN RINGAN

Step 1:

Lakukan regangan pada bahu dan leher dengan menggerakkan leher ke kiri dan ke kanan secara perlahan. Ketegangan pada leher terjadi kerana adanya kontraksi di bahagian bahu dan leher yang biasanya disebabkan oleh stress atau tekanan.


Disarankan melakukan regangan ini waktu pagi selepas bangun tidur dan kalau rasa muscle mula menegang. Langkahnya adalah dengan cukup sekadar menggerakkan kepala dengan memusing mengikut arah jarum jam atau sebaliknya perlahan-lahan 9 macam cikgu selalu ajar masa mula-mula nak warming up masa sekolah dulu tu). Lakukan secara berulang sampai muscle mula terasa mengendur.

Step 2: 

Boleh guna apa saja krim penghilang rasa sakit, macam tiger balm kat bawah ni yang ada rasa mentol yang panasnya efektif melepas rasa tension pada muscle tu dan sendi yang menegang. 

Step 3: 

Jumpalah doktor berdekatan anda dan dapatkan nasihat perubatan serta vitamin yang boleh membantu melegakan dan menghindari kita dari rasa tension

Step 4: 

Tapi kalau  alergi dengan ubat, boleh juga hilangkan rasa tegang kat bahu atau tengkuk yang kaku tu dengan air panas atau sejuk. Kalau tak tahan panas, boleh ambil beberapa ketul air batu/ketul ais, letak dalam bekas plastik atau tuala, wrap aje kat leher korang. Letaklah dalam 5 hingga 10 minit. Nak buat berulangkali pun boleh...tak salah, cuma pastikan stok air batu banyak kat peti ais tu sudahlah.
 .


JEMUR BANTAL

haa ni tips dan petua turun temurun omak nenek moyang dulu-dulu... kata mak ku kalau jadi mcm ni senang je caranya.. ambik bantal yang kite tido tu.. tepuk2 bagi tekstur dalam bantal tu sama rata.. so jemur la bantal tu sehari... lepas tu bila dah jemur dan tepuk-tepuk tido balik dengan bantal tu.. selawat lah 3x mohon sakit leher ni hilang.. insyallah... mujarab..




A Day at Petrosains, The Discovery Centre, KLCC




Entri aku kali nie nak cite n buat promosi cuti-cuti sekolah.. hehehe... 2 bulan lepas aku ade visit Petrosains, The Discovery Centre KLCC.. So aku bawak la ketiga-tiga anakku tu... kebetulan pulak tgahari sampai.. memang ramai la... so beratur la queue memanjang... fuhh mencabar betul.. anak aku penat mengantuk la sbb lama sgt.. disebabkan xsempat nak selfie kami berlima, so kat ctu diorang mmg ada sesi bergambar.. bila last journey tu bole la nak print... tapi kene bayor la.. hihihi.. 










GLAMOROUS NIGHT BSM 2015

dah lama tak update blog.. sememangnya aku bz tahap gilerrrr... kat umah bz... kat opis lagi bz.. huhuhu... byk cerita2 yang lalu xsempat aku nak citer... actually aku nak ucap SALAM RAMADHAN AL MUBARAK... semoga kedatangan bulan yang mulia ni dapat menyucikan kite dari segala dosa... cerita lalu... GLAMOROUS NIGHT BSM 2015... actually malam tu merupakan majlis persaraan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Puan Rogayah... dia akan bersara xlama lagi dah.. so nak buat surprise BSM sambut majlis tu sekali dengan annual dinner... tema dia glamer okeh... aku pun dah mula gelabah mencari baju... mmg dah lama cek xmelaram... hihi... so, husband ajak g cari baju.. dia sponsor.. hihih.. tq darling... ni ada serba sedikit gambar kenangan sepanjang dinner malam tu... 











Princess yang Ke 3...

Assalamualaikum...

 hai hai hai semua.... entry kali nie aku nak share ngn blogger sume.... my new princess... ok jom story...

pada jam 7.30pagi, 08.02.2015 bergegas aku bangun ke dapur nak bancuh susu kakak raynia... bangun2 je, meleleh air ketuban aku keluar... puhhh.. terus aku berlari ke toilet...lepas bersiap semua, aku mintak abah hantar aku pegi hospital... lepas je keluar air ketuban.. terus contraction datang menyerang.. actually xberapa kuat la.. masih mampu berjalan n bertahan... pukul 9.00 abah aku antar g labor room hospital sultan abdul halim... lepas check in kat PAC ..buat CTG.. dan doctor pun dah check laluan... doc ckp 5cm.. puhh berdebar2 dada ku.. wahhh cepatnye 5cm.. tapi tak rasa kuat pn contraction.. terus nurse prepare dokumen aku.. aku pun dah bertukar baju pink... terus ditolak aku ke labor room.. masuk labor room pukul 10.00pagi.. aku pun dah baring.. mintak kat nurse nak sedut gas... makin lama makin kuat contraction... sambil2 tu aku dengar doc ckp kat nurse lepas belek CTG graph tu.. huuu kuatnye contraction dia... tapi aku masih mampu bertahan.. pengalaman kedua2 anakku yg lalu dah byk membantu aku.. aku dah pandai bernafas... teknik pernafasan yg mengurangkan kesakitan.. sambil sedut gas... tiba masa aku nak meneran.. doc ckp ok.. awk dh ada experience.. so bole teran dah... 1..2..3 push... 3x push akhirnya keluar jugak puteri yang ditunggu selama 9 bulan.... tepat jam 11.01am... alhamdulillah...aku dah selamat melahirkan anak ku yang ketiga seberat 2.42kg... kali ni kecil sikit berbanding abangnya 2.55kg and kakak raynia 2.8kg.. sbb aku control makan...hihihi senang nak push...

nama puteri aku yang ketiga.. NUR RAYSHA ADRIANA BT MOHD YUSRI